Soalan Lazim

Soalan-soalan yang anda pasti mahu penjelasannya

Apa itu EMAS365?

EMAS365 adalah satu penyelesaian kepada proses pemilikan perhiasan emas (terutamanya emas saduran).

Kenapa EMAS365?

Kami tahu ramai dikalangan pemilik perhiasan diri dari emas saduran yang mahu memiliki banyak koleksi perhiasan emas yang terkini namun kos pemilikan akan menjadi satu kekangan yang agak kritikal. Oleh itu dengan program EMAS365, anda akan dapat memiliki set perhiasan emas yang sentiasa terkini pada kos hanya RM36.50 setiap satu

Bagaimana kualiti EMAS365?

Setiap set perhiasan EMAS365 dibuat dengan kualiti yang terbaik pada kos yang mampu milik. Ianya setanding dengan produk emas saduran syarikat lain malah dalam banyak ujian yang kami lakukan, produk kami adalah lebih baik.

Setiap saduran produk EMAS365 adalah menggunakan larutan emas 24K sebanyak 3 lapisan pada kadar 3.65% emas. Sila elakkan daripada terkena losyen, minyak wangi atau bahan yang mempunyai alkohol/ethanol.

Bagaimana untuk saya menyertai program EMAS365?

Anda perlu membuat pendaftaran dilaman web kami dan ianya memerlukan pembayaran keahlian bernilai RM365.00. Setelah keahlian anda diproses dan diterima, set "Kit Keahlian" akan diposkan kepada anda dalam tempoh maksima 48 jam pada hari bekerja. Kit Keahlian ini mengandungi seutas gelang EMAS365, kad waranti, sijil keahlian dan brosur program. Kit keahlian ini tidak boleh dipindah milik.

Program EMAS365?

Dengan keahlian EMAS365, anda akan memiliki akses kepada koleksi perhiasan emas (rantai, subang, loket, cincin dan gelang) yang akan dipamerkan dilaman web ini. Kami akan sentiasa kemaskini rekaan terbaharu disini dan anda boleh membelinya secara terus di web. Harga dijamin berpatutan dan mampu milik serta dijamin dengan kad waranti dan "pembelian balik" pada kadar yang terbaik bagi setiap set yang dibeli secara atas talian.

Apa itu Program "TUKAR" EMAS365?

Dengan setiap keahlian EMAS365, anda akan dibenarkan memiliki 5 unit perhiasan emas dalam program "TUKAR". Program ini hanya boleh digunakan selepas tempoh bertenang (cooling-off period) selama 14 hari dari tarikh pengesahan keahlian.

Program ini dibangunkan dengan satu idea dimana semua pelanggan EMAS365 yang berminat boleh menghubungi senarai pakar perhiasan emas (runner) kami untuk mendapatkan 5 unit perhiasan emas pada harga RM36.50 setiap satu. Runner kami akan hadir di kediaman anda dengan membawa set perhiasan emas untuk anda membuat pilihan secara terus.

Satu keahlian akaun EMAS365 hanya di peruntukkan 5 unit sahaja perhiasan emas dalam program "TUKAR". Jika ahli ingin memiliki lebih dari 5, ahli perlulah membuka akaun keahlian yang baharu.

Berapa kerap saya boleh "TUKAR" EMAS365?

Selepas tempoh bertenang 14 hari yang ditetapkan, anda boleh membuat pembelian set perhiasan emas dibawah program "TUKAR" tanoa limit masa. Mungkin anda nak tukar setiap hari, atau seminggu sekali ataupun sebulan sekali. Mungkin juga anda berminat nak tukar bilamana ada rekabentuk baharu dikeluarkan. Apa pun sila hubungi "runner" yang berhampiran dengan anda untuk tetapkan hari dan masa temujanji.

Bagaimana jika set EMAS365 saya hilang/pudar sadurannya?

Pihak EMAS365 menyediakan khidmat menyadur kembali perhiasan emas pelanggan pada kadar RM36.50 sahaja. Proses saduran tersebut mengambil masa yang agak lama kerana kami perlu menghantar set perhiasan emas tersebut ke kilang pembuat di Thailand. Bagi mana-mana set perhiasan EMAS365 yang hilang kad warantinya, maka denda sebanyak RM36.50 akan dikenakan bagi penggantian kad waranti tersebut.

Adakah set yang dibeli secara atas talian boleh di "TUKAR"?

Set perhiasan EMAS365 yang dibeli secara atas talian tidak dibenarkan terlibat dalam program tukar. Ianya kekal sebagai satu produk pemilikan kekal. Akan tetapi jika ianya hilang/pudar sadurannya, ianya tetap boleh dihantar untuk disadur kembali pada harga RM36.50 yang akan dicajkan kepada anda.

Apa itu sistem Affiliate EMAS365?

EMAS365 memberikan peluang kepada semua pelanggan untuk mendapatkan pendapatan pasif dengan cara mempromosi link affiliate anda. Jika ada pendaftaran baharu pada link affiliate anda maka akan berhak untuk mendapatkan komisyen "referral" sebanyak RM36.50 setiap satu akaun dibawah anda.

Bagi setiap pembelian oleh "downline" anda bagi produk secara atas talian akan membolehkan anda mendapat komisyen jualan sebanyak RM3.65 bagi level 1. Untuk komisyen pembelian pada level 2, maka anda akan mendapat RM2. Bagi level 3 dan seterusnya sampai ke level 10, anda akan mendapat RM1 bagi setiap level.

Bagaimana pembayaran komisyen EMAS365 dibuat?

Bagi semua komisyen yang direkodkan dalam sistem atas talian kami, ianya akan dibayar secara otomatik selepas melepasi nilai minima RM100 yang ditetapkan. Pembayaran akan dibuat kepada akaun bank milik pelanggan. Sila pastikan maklumat akaun bank anda dalam sistem kami telah dikemaskinikan. Kami juga menawarkan pembayaran komisyen menggunakan aplikasi BOOST.

Saya ingin sertai EMAS365 sebagai "runner"?

Kami sedang membangunkan akademi EMAS365 untuk melatih "runner" yang berminat. Satu peluang untuk menjana pendapatan. Sila berhubung dengan kami di emel runner@emas365.my.

Saya ada banyak soalan lain?

Sebagai pelanggan, anda bolehlah login dan akses kepada akaun anda dimana kami ada menyediakan sistem "Support Ticket" secara atas talian. Sila gunakannya dengan baik dan berhemah. Ianya lebih teratur dan professional.