Program EMAS365

Satu penerangan ringkas.

EMAS365

Program EMAS365 ini dibangunkan setelah mengambilkira masalah-masalah yang timbul dalam proses pemilikan perhiasan emas oleh para pembeli. EMAS365 telah meneliti pasaran perniagaan perhiasan emas saduran yang telah berada di Malasyia sejak lebih 30 tahun.

Industri Perhiasan Emas

Dianggarkan industri perhiasan emas saduran di Malaysia adalah sekitar RM20 juta setahun dan ianya dijangka meningkat pada kadar yang tetap menjelang 2030 dengan adanya beberapa teknologi baru dalam proses menyadur emas perhiasan ini.

Tumpuan EMAS365

Kami memberikan tumpuan yang lebih kepada akses untuk sistem penyampaian yang lebih baik, sistem penghantaran yang cekap dan khidmat sokongan lepas beli (after-sales) yang baik. Kami juga memperkenalkan program "TUKAR" yang membolehkan para pelanggan kami menukar perhiasan emas mereka mengikut trend terkini berdasarkan permintaan.